.

Tips penting mendaki Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu merupakan gunung yang paling tinggi di Asia Tenggara dengan ketinggan 4095.2 meter dari aras laut dan terletak di Pantai Barat Sabah, iaitu di Ranau. Ia juga merupakan gunung yang dilindungi dan dikenali sebagai Tapak Warisan Dunia. Gunung Kinabalu memiliki tujuh buah puncak dengan puncak tertinggi merupakan Low’s Peak dengan ketinggian 4095.2m, St. John’s Peak ketinggian 4090.7m, Oyayubi Iwu Peak ketinggian 3975.8m, Ugly Sister Peak, King Edward Peak, Donkey Ears Peak dan terakhir sekali Tunku Abdul Rahman Peak.

 

Kinabalu berasal dari perkataan kaum Kadazandusun yang digabungkan bersama perkataan Aki Nabalu. Aki membawa maksud nenek moyang, Nabalu pula bermaksud gunung yang menjadi lokasi persemadian roh nenek moyang mereka mengikut kepercayaan kaum Kadazandusun. Pendaki perlu membuat tempahan awal slot mendaki iaitu 10 bulan sebelum tarikh pendakian. Sebelum mendaki, persediaan stamina perlu dibuat lebih awal kerana ianya sangat penting. Aktiviti seperti berlari, mendaki, turun naik tangga perlu dilakukan secara berkala sekurang – kurangnya tiga bulan sebelum membuat pendakian. Bagi yang pertama kali mendaki adalah disarankan untuk bermalam di Taman Kinabalu atau pusat peranginan tanah tinggi di Kundasang sebelum mendaki.

 

Alat-alat yang penting untuk Mendaki Gunung Kinabalu

Hiking Stick : Hiking stick penting bagi memberi keseimbangan semasa pendakian. Selain itu, it juga membantu sekiranya kaki sudah menjadi lenguh atau letih. Berat badan boleh disokong oleh hiking stick semasa penurunan gunung.  Pendaki boleh mengunakan sama-ada dua ataupun satu hiking stick.  Simpan satu sebagai backup

https://shope.ee/5AOiAEsDOE

 

Lampu Kepala , penting untuk pendakian awal pagi. Lampu kepala penting kerana ia memudahkan pendakian terutamanya ketika subuh dan ketika tangan perlu digunakan semasa pendakian. Bawa sekali satu lampu suluh kecil sebagai backup.

https://shope.ee/6Uu6vKgvNw

 

Penutup Telefon Kalis Air

Pendakian tidak sempurna tanpa apa-apa gambar. Jenis Pelitup telefon kalis air penuh yang mempunyai lanyard  lebih sesuai kerana telefon setiasa boleh digunakan dan anda boleh mengambil gambar bila-bila masa.

https://shope.ee/2VNyADGPjc

 

 

Baju Hujan Kalis Air  : Kawasan Kinabalu adalah berkabus tebal dan lembab. Cuaca di gunung agak tidak menentu , langit mungkin bertukar menjadi hujan renyai bila bila masa. Baju hujan jenis poncho amat membantu untuk memberikan keselesaan kepada pendaki.

https://shope.ee/6fDX6XhMOW

 

Baju Tebal Windbreaker: Suhu semasa mendaki Gunung Kinabalu mungkin mencecah 5c. Bawa satu set baju tebal semasa bermalam di Laban Rata

https://shope.ee/2L4Xx8nhpg

 

Makanan bertenaga tinggi , Makan kering : Makanan bertenaga tinggi penting untuk pembekalan tenaga

https://shope.ee/2L4WmjfxIp

 

Seluar Hiking : Seluar hiking jenis waterproof dan flexible

https://shope.ee/Vctlx8FlL

 

Baju Hiking : Mana-mana jenis baju jersey memadai

https://shope.ee/4fSSjlb9Vo

 

Pelitup kepala (melindungi sejuk)

https://shope.ee/99us6pUXpZ

 

Kasut hiking : Kasut hiking jenis pengudaraan dan anti slip lebih sesuai untuk pendakian Gunung Kinablu.

https://shope.ee/Vctn3OiHa

 

Backpack Hiking Kecil (30 liter)  : Beg kecil untuk tujuan pendakian. Anda boleh membawa 2 beg , 1 untuk percutian di Kinabalu dan 1 lagi untuk pendakian Gunung Kinabalu

https://shope.ee/7Ume8eJU6q

 

Backpack Cover  : Anda boleh membeli backpack cover sekiranya beg anda tidak kalis air.

https://shope.ee/7A9nkNTSPD

 

Air minumam

Air minimum yang secukupnya

 

 

Tahap Kesukaran

Agak sukar atau medium bergantung kepada individu

Jarak

17 KM

Masa

Lebih kurang 20 ke 30 jam bergantung kepada individu untuk naik, turun termasuk masa bermalam di Laban Rata

 

 

Pakej Mendaki Gunung Kinabalu

Pakej perlu ditempah sekurang kurang-nya 6 bulan -12 bulan sebelum dari tarikh pendakian.

Info dan Syarat mendaki

  • Setiap pendaki diwajibkan mendaki bersama pemandu gunung yang dilantik
  • Pendaki yang berumur 16 tahun ke bawah dikategorikan sebagai kanak – kanak dan wajib mempunyai pemandu gunung persendirian (boleh dikongsi maksima 2 orang kanak – kanak untuk seorang pemandu)
  • Caj pemandu gunung adalah RM 230 seorang
  • Pendaki perlu membuat tempahan awal untuk mendaki dan setelah slot pendakian disahkan, pendaki perlu menyerahkan salinan kad pengenalan atau salinan passport pada hari yang sama bersama bayaran penuh
  • Sekiranya tiada pembayaran dibuat, tempahan slot pendakian akan dibatalkan tanpa notis
  • Tiada sebarang pemulangan bayaran untuk sebarang pembatalan dan perubahan nama dan tarikh mendaki juga tidak dibenarkan bagi yang memilih pakej bajet
  • Masa pendakian adalah bergantung kepada tahap kecergasan dan juga cuaca pada hari pendakian
  • Sila pastikan pendaki telah ke tandas sebelum membuat pendakian
  • Bagi memudahkan urusan pendakian (insuran, permit, sewa rumah rehat, sewa porter dan sebagainya) terutamanya yang pertama kali mendaki, adalah disarankan untuk menggunakan khidmat agen pelancongan berlesen 
  • Pastikan pendaki memakai kasut yang sesuai, bawa bersama ‘ponco’, windbreaker, tongkat serta headlamp. Tongkat boleh disewa dengan harga RM 10 sahaja di Kinabalu Park
  • Pendaki boleh mengupah porter untuk membawa barang seperti beg galas besar, sleeping bag, carrymat, ration serta makanan dengan kadar RM 13 sekilo bagi perjalanan naik dan turun gunung

Peta Mendaki Gunung Kinabalu

 

 

Tentatif Perjalanan Ke Gunung Kinabalu

  • Perjalanan akan bermula dari Kinabalu Park (berkumpul pada jam 8.00 pagi untuk pendaftaran, taklimat dan juga dibekalkan dengan lunch pack) ke starting point di Timpohon Gate samada menaiki van atau berjalan kaki 
  • Selain Timpohon Gate, pendaki juga boleh memilih untuk mula mendaki dari Gate Mesilau
  • Pendakian pertama bermula dari Timpohon Gate mulai jam sekitar 10.00 pagi hingga ke rumah rehat Laban Rata dan bermalam di sini (dianggarkan pendakian mengambil masa antara 3 hingga 6 jam). Terdapat banyak tempat berehat disediakan dengan kemudahan tandas sepanjang laluan dan laluan pendakian di sini adalah bertangga
  • Biasanya pendaki akan tiba di Layang – Layang Hut pada waktu tengahari dan kebanyakannya akan berehat seketika serta makan tengahari di sini sebelum pendakian ke Laban Rata diteruskan
  • Pendaki akan tiba di Laban Rata dan bermalam di sini
  • Pendakian kedua bermula dari Laban Rata sekitar jam 2.00 pagi menuju ke puncak Kinabalu (low’s Peak) yang dianggarkan mengambil masa 2 hingga 4 jam untuk tiba di puncak (jarak 3km)
  • Sebelum meneruskan pendakian, taklimat akan diberikan terlebih dahulu
  • Pendaki perlu lebih berhati – hati kerana keadaan pendakian ketika ini adalah agak gelap dan trek agak licin
  • Pada waktu ini, udara semakin menipis dan keadaan semakin sejuk sehinggakan ada yang mengalami Simptom Accute Mountain Sickness (AMS) di mana keadaan sukar bernafas dan juga sakit kepala
  • Setiap pendaki perlu tiba dan lapor diri di pondok Sayat – Sayat sebelum jam 5.00 pagi
  • Pendaki yang tiba selepas jam 5.00 pagi tidak dibenar meneruskan pendakian
  • Trek seterusnya agak berbatu, licin dan agak curam. Pendaki perlu berpegang pada tali yang disediakan dan berhati – hati mendaki mengikut tali agar tidak tersasar jauh dari laluan ke puncak
  • Pendaki perlu tiba di puncak tertinggi (Low’s Peak) pada jam 7.00 pagi dan sekiranya tidak sampai pada jam tersebut, pendaki perlu berpatah balik semula
  • Sebaik tiba di puncak, pendaki boleh mengambil gambar dan terus turun kerana kawasan sempit, curam (beri peluang kepada pendaki lain bergambar dan menjejakkan kaki di puncak)
  • Sewaktu menuruni puncak Gunung Kinabalu, cuaca semakin cerah dan terang membolehkan pendaki menikmati keindahan serta kecantikan pemandangan Gunung Kinabalu
  • Pendaki boleh mengambil gambar bagi merakam detik – detik indah Gunung Kinabalu tetapi tidak digalakkan mengambil masa yang terlalu lama kerana perlu turun dan tiba di Laban Rata sebelum jam 10.00 pagi
  • Sekiranya tiba lewat ke Laban Rata, pendaki akan dikenakan denda sebanyak RM 100 untuk setiap jam
  • Setibanya di Laban Rata, pendaki boleh bersarapan terlebih dahulu, kemudian berkemas dan bersedia untuk turun ke Timpohan Gate kira – kira 6 kilometer perjalanan
  • Pendaki yang turun semula ke Timpohan Gate perlu tiba sebelum jam 4.00 petang dan akan didenda sebanyak RM 15 sejam untuk setiap guide sekiranya tiba lewat
  • Bagi yang berjaya mendaki hingga ke puncak Gunung Kinabalu akan diberikan sijil berwarna dan bagi yang belum berjaya pula akan diberikan sijil hitam putih sahaja

 

Via Ferrata Tertinggi Dunia

  • Gunung Kinabalu juga memiliki Via Ferrata (Jalan Besi) iaitu laluan yang menggunakan kabel serta jambatan yang diikat ke gunung dan merupakan yang tertinggi dalam dunia
  • Pendaki boleh mengambil trip mendaki Gunung Kinabalu dan turun melalui Via Ferrata
  • Harga pakej melalui Via Ferrata adalah lebih RM 600 dari pakej mendaki biasa

 

Kos Mendaki

Berikut merupakan anggaran kos bagi seorang pendaki (warganegara / pelancong asing):

 

Warganegara

  • Pakej bermula dari RM 1,600 untuk pakej 2 hari 1 malam

 

Pelancong Asing

  • Pakej bermula dari RM 2,300 untuk pakej 2 hari 1 malam

 

Kesimpulan

Bukan mudah untuk menawan puncak Gunung Kinabalu jika tidak membuat persediaan awal dari segi mental dan fizikal. Semoga dengan penulisan ini dapat memberi sedikit gambaran kepada para pendaki yang bakal menawan puncak Gunung Kinabalu suatu hari nanti. Semoga anda juga berjaya mendaki Gunung Kinabalu tanpa mengenal erti putus asa dan terus bersemangat waja menawan Gunung Kinabalu.